klik disini yerrr...

Rabu, 26 November 2014

PETUA KEMPIS PERUT

Koleksi 20 petua kempiskan perut buncit yang berkesan!!



Assalam..

Bulan ni tema entri saya semuanya kebanyakannya mengenai kecantikan, penampilan diri dan tips suami isteri. Hari ini saya nak kongsikan pula tips dan petua untuk mengempiskan perut bagi lelaki dan wanita. Anda nak petua kempiskan perut?

Hihi..kenapa nak kempiskan pulak..bukan ke mereka yang perut buncit tu penyayang orangnya?

Macam info ni..

Bukan saya yang kata yer.. ini adalah hasil kajian. ;)


Takpelah jika anda berperut buncit, tetapi masih sihat dan tiada penyakit serius. Tapi jika anda tidak menjaga pemakanan anda, bukan sahaja perut menjadi buncit, tetapi kesihatan anda juga terjejas.
Saya nak kongsi satu fakta..
* Perempuan dengan lemak ekstra di perut, memiliki kemungkinan 30% lebih besar mengalami migrain daripada perempuan tanpa kelebihan lemak ekstra di perut, bahkan setelah memperhitungkan kegemukan secara keseluruhan.
* Lemak perut juga telah dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung dan diabetes. Sekarang, penelitian terbaru menunjukkan, lemak perut juga dikaitkan dengan peningkatan risiko mengalami migrain, paling tidak sampai usia pertengahan.
Hmm..risau jugak bila baca fakta ni..Apapun, ini adalah koleksi petua dan tips mengempiskan perut yang saya kumpulkan dari banyak sumber yang sesuai bagi lelaki dan wanita..

Petua Mudah Kempiskan Perut Buncit

(Secara tradisional)

#PETUA 1 (Asam Jawa)

Ambil sedikit asam jawa dan bancuh di dalam segelas air panas. Biarkan semalaman. Esok paginya, minum air bancuhan asam jawa tersebut. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.


#PETUA 2 (Daun lidah buaya, asam jawa)

Ambil sedikit daun lidah buaya. Masukkan dalam sebuah periuk dan tambahkan dengan air asam jawa. Didihkan bahan-bahan tersebut dengan api kecil sehingga pekat. Kemudian tutup api dan biarkan ia menyejuk dengan sendiri. Setelah dirasakan suam sedikit, lumurkan ramuan tersebut pada perut.

#PETUA 3 (Limau nipis, kapur sirih)

Sediakan limau nipis dan kapur sirih. Perah air limau ke dalam piring atau mangkuk, campur dengan kapur sirih dan gaul hingga sebati. Lumurkan ramuan tersebut ke perut dan balut perut dengan sehelai bengkung. Lakukan setiap malam sebelum anda masuk tidur.

#PETUA 4 (Limau nipis, air)
Air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda. Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda juga akan beransur turun.

#PETUA 5 (Teh Cina, limau nipis)
Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

#PETUA 6 (Teh hijau, Serbuk kayu manis, madu lebah)
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

#PETUA 7 (minyak kelapa)
Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Sejukkan, kemudian sapu ke perut. Biarkan seketika selama 10 minit. Kemudian bilas. Amalkan setiap hari.

#PETUA 8 (kapur makan, daun sirih, minyak kayu putih, limau nipis)
Bagi wanita selepas bersalin yang ingin mengempiskan perut kembali, amalkan campuran bahan ini untuk berbengkung. Campurkan sedikit kapur makan, beberapa helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan sesudu air limau nipis. Sapukan pada perut dan berbengkunglah seperti biasa.

Rujukan: 
Haa..yang ni pulak rutin yang perlu anda amalkan setiap hari jika anda benar-benar nak kempiskan perut.

Rakan saya juga ada beritahu, main hola hop pun insyaaAllah, boleh membantu kempiskan perut juga..katanya berkesan baginya dan mungkin juga bagi anda..so, ini adalah #PETUA 9 Kempiskan perut yer..di bawah adalah lagi 10 petua/ tips yang boleh membantu anda mengempiskan perut melalui aktiviti dan amalan anda pula...cubalah!!



#PETUA 20 Kempiskan perut dengan suplemen Shaklee

Kempiskan perut buncit dengan Herblax Shaklee


KEBAIKAN HERBLAX
  1. Pembersihan najis yang tersekat
  2. Merangsang usus untuk mempercepatka proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh kita
  3. Membantu masalah sembelit
  4. Tindakan pembersihannya yang lembut boleh mengembalikan semula proses semulajadi pergerakan usus (natural bowel movement) dan secara langsungnya membantu masalah sembelit
  5. Membantu mengempiskan perut dengan cara semulajadi, namun berkesan.
  6. Ia membantu dalam mengurangkan atau memberi kepejalan pada perut. Sesuai diambil seperti biasa atau dicampurkan dalam air panas, sebagai minuman teh herba

*Untuk kesan optimum, boleh diambil bersama LECITHIN untuk membantu memecahkan lemak pada perut dan lemak-lemak degil juga dapat disingkirkan dengan lebih mudah selepas mengambil HERBLAX..Anda pasti lebih teruja jika berat badan pun mula turun juga setelah pengambilan HERBLAX dan LECITHIN ini..




PERHATIAN!!! 
Mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah akan menghadapi cirit-birit pada peringkat awak pengambilan Herblax. Boleh mulakan ambil untuk 3 hari berturut-turut untuk permulaan sebelum mula mengambil mana-mana suplemen(untuk detox), dan kemudian memadai 2-3 x sahaja seminggu 2-4 biji setiap kali pada waktu malam sebelum tidur.  Biasanya, Herb-Lax menampakkan kesan dalam tempoh 8-12jam selepas pengambilan. Lebih baik diambil pada waktu malam. 
Mereka yang mengalami masalah sembelit yang serius boleh meningkatkan dos pengambilan kepada 5-8biji dan boleh kembali kepada doa biasa setelah proses penghadaman/pembuangan kembali normal.

Nak lebih tips?
InsyaaAllah, akan saya kongsikan dalam entri-entri saya pada masa akan datang..Semoga anda berjaya dalam misi mengempiskan perut anda..Yang pastinya, anda juga boleh dapatkan HERBLAX SHAKLEE daripada saya, Pengedar sah shaklee anda.

Untuk sebarang pertanyaan tentang produk, bolehlah berhubung dengan saya seperti berikut: 

✍ PM: CR Bella
✐ Blog: isteriraufcomel.blogspot.com
✆ Call/SMS/WhatsApp: 019-6868147

NASI AYAM SEDAP

ASSALAMMUALAIKUM KAWAN-KAWAN

HARI NI NAK SHARE RESEPI NASI AYAM YANG SEDAP.  HIHIIII AKU PERASAN SENDIRI NASI AYAM AKU MASAK SEDAP


BAHAN UNTUK NASI

Beras 1kg
1/2 cawan halia yang telah dikisar
1/2 cawan bawang putih yang telah dikisar
3 helai daun pandan
1/2 sudu makan garam
Serbuk perasa (saya guna kiub ayam)
Air paras sukatan beras
Minyak untuk menumis

Bahan untuk Sos 
15 batang lada merah
5 ulas bawang putih
1 ibu jari halia
15 biji limau kasturi, ambil jusnya
3/4 cawan air masak
1 sudu teh garam
1/2 cawan gula

Bahan untuk Ayam Goreng Madu 
1 ekor ayam
3 sudu besar madu
4 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap
1 sudu besar minyak bijan
Air untuk rebus secukupnya
Minyak untuk menumis dan menggoreng ayam

Untuk dikisar
1 ibu jari halia
1 bawang besar
2 ulas bawang putih



.........INILAH HASILNYA.....

ULSER MULUT

HUHUUUU....

ULSER LA PULAK..
PONING KEPALA...




MEH KITA SELIDIK APA PUNCA-PUNCA ULSER


APA PUNCA ULSER MULUT?
  • Sistem imun badan yang abnormal dan lemah; menyerang bahagian dalam mulut 
  • Kekurangan zat besi seperti anemia (sejenis penyakit berkaitan dengan sel darah merah)
  • Mewarisi daripada ibu bapa atau adik-beradik lain
  • Stress akibat tugasan yang terlalu banyak atau peperiksaan semakin hampir
  • Kekurangan nutrien dalam badan terutamanya asid folik, vitamin B6, vitamin B12 dan zat besi
  • Haid dan perubahan hormon yang mendadak
  • Penggunaan ubat gigi yang mengandungi bahan kimia Sodium Lauryl Sulfate (SLS) yang berfungsi untuk menghasilkan buih yang banyak
  • Bahagian dalam mulut/lidah tergigit, terkena makanan yang tajam atau memberus gigi dengan kasar
  • alahan kepada makanan seperti nanas dan sebagainya.
  • penyakit-penyakit seperti SLE dan penyakit berkaitan dengan sistem penghadaman.
  • pengambilan ubat (steroid boleh menyebabkan daya tahan sakit menurun, anti-histamine seperti ubat selsema yang menyebabkan mulut menjadi kering)

BAGAIMANA MERAWAT ULSER MULUT?
  • elakkan dari makan makanan yang terlalu banyak rempah.
  • kurangkan air berasid.
  • gunakan antiseptik untuk berkumur.
  • letak gel untuk ulser di tempat yang kena. Persediaan OTC seperti Bonjela boleh diletak. Untuk yang lebih berkesan anda boleh dapatkannya dari farmasi.
  • letak sedikit ais di tempat yang kena untuk melegakan sakit.
  • minum air masak dengan banyak.
  • elakkan daripada tekanan perasaan dengan mengambil vitamin B kompleks dan / atau Arcalion.
  • ambil mineral zink dan zat besi.
  • tambah pengambilan asid folik dan vitamin B 12.
  • vitamin A dan D penting untuk kesihatan lapisan mulut.
  • untuk meningkatkan sistem imune (daya tahan sakit), ambil lebih vitamin C, sayur-sayuran hijau dan buah-buahan.
  • pengambilan probiotik seprti acidophilus (terdapat dalam bentuk kapsul, atau ambil yougurt) mungkin boleh membantu.

SID SHAKLEE YANG SAH
AZIMAH OTHMAN
947061
0196868147

Vitamin kulit hebat

APA ITU VITA-E COMPLEX?

Vitamin E Shaklee terdiri daripada Vitamin E d-alpha tocopherol concentrate dan d-alpha tocopheryl acetate selain lengkap dengan Selenium [as selenium yeast]

Vita-E Complex
120 kapsul



VITA-E DAN SELENIUM

Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik. 

Sekiranya anda pengamal vitamin E selain jenama Shaklee, pastikan juga anda membeli vitamin selenium supaya vitamin E anda dapat berfungsi dengan lebih baik. 

PANDUAN MEMBELI VITAMIN E


Makanlah vitamin E bersumber semulajadi dan ini boleh dilihat pada label botol vitamin anda sama ada ia 'd' atau 'l'. Bagi yang bertulis pada label dengan 'd' ini bermakna ia adalah sumber asli. Manakala 'l' adalah sumber tiruan atau sumber kimia. 

Sama seperti Vitamin A, kita tidak boleh mengambil Vitamin A berlebihan kerana ia boleh mengakibatkan toksik kepada badan melainkan kita mengambil vitamin Pro- Vitamin A seperti Beta Carotene yang mana ia hanya akan ditukar kepada vitamin A bila diperlukan saja.

KENAPA MEMILIH SUMBER ASLI?


Supaya lebih mudah diserap oleh badan berbanding sumber tiruan atau sumber kimia kerana jika tidak dapat diserap oleh badan. Ini akan menyebabkan toksik kemudan hari dan penyebab kepada wujudnya abnormal sel dalam badan.

APA FUNGSI DAN MANFAAT VITAMIN E?

VITAMIN E bertindak sebagai:
 
  • Awet muda
  • Membaiki peredaran darah, memperbaiki tisu, rawatan PMS
  • Mengurangkan parut
  • Meningkatkan kesuburan untuk lelaki & juga wanita
  • Kulit dan rambut sihat, cantik & lebat
  • Merawat masalah keintiman
  • Merawat masalah seksual lelaki
  • Vitamin E juga boleh dijadikan sebagai masker semulajadi

VITAMIN E DAN EKSTRAK BIJI ANGGUR

Dan yang istimewa tentang Vita-E Complex ini ialah ia diperkaya dengan GRAPE SEED EXTRACT yang menambahkan lagi khasiatnya.

  Kebaikan kesihatan grape seed extract
  • Menyingkirkan radikal bebas
  • Mengurangkan radang (inflammatory)
  • Membantu kesihatan otak, kulit dan mata.
  • Membantu pengedaran mikro dan kardiovaskular.
  • Mencegah masalah kelenjar prostat
  • Melambatkan proses penuaan
  • Mengurangkan kedutan dan meningkatkan keanjalan kulit
  • Mencegah kesan negatif yang disebabkan oleh sinar ultraviolet
  • Membantu fungsi sistem saraf otak
  • Meningkatkan daya pertahanan


MASKER VITAMIN E 

Sebelum tidur

Sapu sebiji vitamin E sebelum tidur..Caranya, vitamin E tu cucuk dengan jarum dan picit perlahan-lahan sampai keluar minyak vitamin E dan sapu keseluruh muka secara nipis. 

atau 

Pagi 

Sapu muka dengan plain yogurt yang dipicitkan dengan Vita E dan biarkan selama 5-10minit. Memang best..! Atau boleh campur yogurt tu dengan sesudu kecil ESP. Tepek kat muka sampai rasa kulit muka menegang (sampai yogurt tu kering). Besttt sangat masa ni, kalah masker yg kita dok tepek mcm topeng tu. Lepas dah kering tu terus basuh dgn pencuci muka. Memang lembut jer rasa kulit 

TESTIMONIAL PENGGUNA VITA-E COMPLEX SHAKLEE


 TESTIMONIAL 1


 TESTIMONIAL 2


 TESTIMONIAL 3


 TESTIMONIAL 4



 TESTIMONIAL 5



Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee

AZIMAH OTHMAN
947061
0196868147

Isnin, 24 November 2014

B Complek Shaklee

Assalammualaikum dan salam sejahtera...



Sebelum kita lihat dengan lebih terperinci tentang B Complex Shaklee, kita lihat dulu manfaat vitamin B secara umumnya


Apakah manfaat dari vitamin B1, B6 dan B12 ?

Vitamin B1
Sumber : beras merah, kuning telur, ikan, kacang dan gandum
Manfaatnya :
  • melancarkan metabolisme
  • melancarkan peredaran darah
  • mengoptimalkan aktiviti kognitif dan fungsi otak
  • mencegah terjadinya kerosakan urat saraf
  • memulihkan gangguan saraf 

Vitamin B6
Sumber : daging, hati, ginjal, ikan, kacang dan beras tumbuk
Manfaatnya :
  • memlancarkan metabolisme
  • meningkatkan kekebalan tubuh
  • menjaga keseimbangan garam-garam mineral
  • membantu sintetis RNA dan DNA

Vitamin B12
Sumber : hati, ikan, susu dan olahannya, daging, telur dan rumput laut
Manfaatnya :
  • mencegah kerosakan urat saraf
  • membantu pembentukan sel darah merah
  • melancarkan metabolisme sistem tubuh
  • mengubah karbohidrat, protein dan lemak kepada tenaga

Apakah yang akan berlaku jika kita kekurangan vitamin B?

Kekurangan vitamin B Complex boleh menyebabkan:


  • Lemah sistem saraf
  • Mengganggu fungsi otak yang mana akan meningkatkan lagi risiko penyakit jantung. 
  • Pembentukan sel abnormal
  • Mengakibatkan anemia
  • Masalah depresi (tekanan perasaan)
  • Kehilangan daya memori
  • Cepat letih
  • Sesak nafas
  • Insomnia
  • Kurang fokus dan konsentrasi
  • Mudah tersinggung

Apakah kelebihan vitamin B Complex dari Shaklee?

Terdapat banyak kelebihan yang terdapat di dalam B Complex Shaklee.
Antaranya;



  1. Menghasilkan tenaga dan berperanan dalam membantu kemampuan berfikir.
  2. Mengelakkan penyakit beri-beri.
  3. Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak.
  4. Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku dan rambut.
  5. Penting untuk sirkulasi dan fungsi normal sistem saraf.
  6. Mencegah stress.
  7. Menguatkan antibodi tubuh.
  8. Amat penting untuk aktiviti sel genetik.
  9. Diperlukan dalam pembentukan protein asid amino.
  10. Diperlukan untuk memproses dan perbaikan sel-sel darah merah.
  11. Mencegah anemia.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk kanak-kanak?



  1. Merangsang pertumbuhan.
  2. Meningkatkan kemampuan berfikir.
  3. Memberikan tambahan tenaga.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk orang dewasa?


  1. Menambah tenaga.
  2. Mengurangkan stress.
  3. Melambatkan proses uban di rambut.
  4. Membantu meningkatkan konsentrasi.

Apakah kelebihan vitamin B Complex Shaklee untuk ibu mengandung?

  1. Amat diperlukan untuk pembentukan dan aktiviti sel genetik.
  2. Mencegah anemia (tekanan darah rendah).
  3. Membekalkan asid folik yang sangat penting utk mengelakkan kecacatan janin

SID Shaklee
Azimah bt Othman
947061

Isnin, 17 November 2014

talefon masuk dalam baldi..

Tolonggggg....

huhuuuu...boleh pulak ari ni g tandas bawa talefon...tu la kalut lagi..( sebenarnya da tak tahan beno) hihiiii....
laju bawa g kedai suh servis..kena gak la rm30..tp cina tu x kasi buka dlm 3 ari. katanya tunggu skrin tu kering...

dengan harapan ...
kembali la normal talefon ku....

hahahaaaa....sedapkan ati walaupun jiwa kacau...

Selasa, 4 November 2014

Minyak ikan hebat...

salam sayang kawan2...

minyak ikan yang saya maksudkan ialah omega shaklee...mmg asli dan semulajadi..meh kita baca kebaikan omega shaklee...


promosi omega bulan november 2014

saya pengedar shaklee yang berdaftar
azimah othman
947061
0196868147

klik disini yerrr...