klik disini yerrr...

Isnin, 15 Disember 2014

NASI TOMATO SEDAP

HAI KAWAN-KAWAN...

HARI NI TERUJA NAK KONGSI BUAT NASI TOMATO LA..
MMMM SEDAP DAN MENYELERAKAN..CUTI SEKOLAH NI BUAT APA SAJA LICIN...WAHH WAHH SEDAP2...


Bahan-bahan ( 4~5org ) 


4cwn beras(dibersih dan ditoskn) 
190g minyak sapi(kalau darurat boleh guna marjerin)- mama letak dlm 8 sb 
2 kuntum bunga cengkih 
1/2 kuntum bunga lawang 
3 biji buah pelaga 
5 cm kulit kayu manis 
1 biji bawang besar dicincang 
160g tomato puree (dlm tin)- mama guna tomato paste dlm botol,letak dlm 5 sb 
1.8 leter air rebusan yang cair (bole juga nk guna kiub pati ayam)- guna kiub je 
daun saderi yang telah dicincang dan bawang merah (optional) 
bhn dikisar: 2 ulas bawang putih, 3 ulas bawang merah dan 1 hiris halia 

Cara-cara 
Cairkan minyak sapi diatas api yang sederhana dan tumiskan rempah-rempah selama 1-2 minit. 
Masukkan bahan tumbuk dan teruskan menggoreng hingga masak. Masukkan bawang besar dan goreng hingga layu. 
Kecilkan api dan tuangkan puri tomato.Biarkan mendidih perlahan-lahan dan masukkan beras.Kacau rata-rata selama 1-2 minit. 
Masukkan air rebusan dan garam secukup rasa.Biarkan cecair meresap ke dlm beras sebentar. 
Kecilkan api, tanak nasi itu dengan bertutup hingga masak, masukkan daun saderi dan bw
g goreng. 




Amacam hasilnya...hihiiiii....

Jumaat, 12 Disember 2014

kek minyak simple

Resepi Kek Minyak

Bahan-bahan:
5 biji telur
1/2 cawan gula kaster
2 cawan tepung gandum 
1 sk baking powder
1 cawan susu pekat 
1 sudu besar ovallate
1 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit perisa yang disukai - tak letak
Sedikit pewarna kuning, merah dan biru

Cara-cara
Ayak tepung gandum bersama baking powder. Ketepikan. Lenser loyang kek dengan mentega. Alaskan dengan baking paper.

Pukul telur bersama gula dan ovallate sehingga kembang. Masukkan susu pekat dan esen vanila. Pukul lagi sekejap. Masukkan minyak dan perisa sambil dipukul sekadar untuk adunan bergaul rata.

Akhir sekali masukkan tepung gandum sedikit sedikit. Gaul rata. Selepas itu, bahagikan kepada 3 adunan lebih kurang 320 gram setiap warna. Tuangkan ke dalam loyang saiz 8 atau 9" dan corakkan warna ikut kreativiti masing masing.

************************************mudahkan*********************************************

Khamis, 11 Disember 2014

SET KULIT BERMINYAK DAN BERJERAWAT



SET SKINCARE UNTUK KULIT BERMINYAK / BERJERAWAT

Entri sebelum ini saya telah berkongsi berkenaan dengan set skin care untuk kulit kering. Hari ini saya ingin berkongsi pula berkenaan set skin care untuk kulit berminyak / berjerawat.
Ramai antara customer saya yang mempunyai masalah kulit berminyak / berjerawat sedang tercari-cari produk skin care yang sesuai untuk mereka.
Sebelum mencuba apa-apa produk, anda mesti tahu jenis kulit anda. Ia sangat penting kerana kebarangkalian tersilap menggunakan set skin care adalah amat tinggi jika anda tak tahu jenis kulit anda.
Kemudian mulalah menyalahkan produk, sedangkan anda yang gagal mengenalpasti jenis kulit anda sendiri. :)

Kenali Jenis Kulit Berminyak / Berjerawat

1. Kulit muka terasa segar dan selesa bila dicuci dengan pencuci muka atau air biasa.
2. Kulit muka terutamanya bahagian hidung kelihatan berminyak pada waktu tengahari.
3. Kulit muka terasa segar selepas menggunakan toner.
4. Kulit muka kerap ditumbuhi jerawat, begitu juga di bahagian belakang badan.
5. Kulit muka terasa sangat berminyak semasa menggunakan krim malam.
6. Bahagian hidung terdapat banyak white head dan black head.
Sekiranya anda mengalami simptom-simptom di atas, ini bermakna kulit anda adalah jenis berminyak / berjerawat.
Oleh yang demikian, anda boleh cuba set skin care untuk kulit berminyak / berjerawat Enfuselle Shaklee yang terdiri daripada:
1. Purifying Cleansing Gel (177ml)  - Pencuci muka yang lembut, menyingkirkan minyak kotoran dan kesan mekap di kulit wajah, mencerahkan kulit dan memberi PH yang seimbang kepada kulit wajah.
Cuci di bahagian muka dan leher anda selama 3 minit, kemudian bilas dengan air bersih. Elakkan membilasnya dengan air suam water heater kerana ia boleh membesarkan pori-pori kulit wajah anda.
2. Purifying Toner (177ml)  - Menghentikan kerosakan Pro-Oksida, meneutralkan sel-sel kulit rosak akibat air yang paip yang kotor, menyegar dan menghaluskan kulit, mengecilkan liang-liang pori dan mengurangkan kulit berminyak.
Titiskan beberapa titik toner di telapak tangan kemudian tepuk-tepuk perlahan ke kulit wajah anda.
Pastikan tangan anda telah dicuci terlebih dahulu.
3. Balancing Moisturizer (48g)  - Menyubur, melembabkan dan mampu mengawal pengeluaran minyak pada kulit wajah anda. Menjadikan kulit wajah anda halus dan tidak berkilat.  Sapu nipis di kulit wajah anda pada waktu siang dan malam.
4. Eye Treatment (14ml) - Mengurangkan garis-garis halus disekitar kawasan mata anda, mengurangkan kesan lebam dan eye bag di bawah mata. Sesuai juga digunakan di bahagian leher dan mulut.
Di samping menggunakan set skin care, anda juga perlu merawat kulit berminyak / berjerawat dari dalam, iaitu dengan pengambilan Sustained Release Vita-C PlusB-ComplexESP, GLA Complex, Zinc Complex  dan Alfalfa Complex.
Apabila jerawat anda telah kering, anda boleh mengambil Vita-E Complex untuk menghilangkan kesan parut jerawat sebelum ini. Anda juga mesti minum air kosong sebanyak 3 liter sehari.
Selain itu, anda juga mestilah mengurangkan makanan berminyak, kacang tanah, makanan laut dan elakkan lap muka dengan tuala yang anda guna untuk lap badan.
Seeloknya gunakan tuala muka khusus untuk lap muka. Jika anda ada bajet, anda boleh memasang penapis air luar rumah supaya anda sentiasa mendapat air bersih semasa mencuci muka dan mandi.

Gunakan Dengan Konsisten

Berikut testimoni-testimoni yang telah mengamalkan Set skincare untuk kulit berminyak / berjerawat Enfuselle Shaklee:
Wan Zainab 019-939 4574.

Untuk hasil yang berkesan penggunaan yang disyorkan ialah selama 1 hingga ke 3 bulan, seperti mereka di atas.
Jika jerawat semakin naik, teruskan sahaja pengambilan kerana kulit wajah anda sedang melalui proses membaik pulih.
Jangan panik! Ia akan beransur cantik dengan selamat dan berkesan. Ramai pelanggan saya yang telah berjaya melalui proses ini.

hubungi saya

azimah 
0196868147

.......... HARGA TERBAIK SETIAP HARI......

VITAMIN CINTA



Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Fitrah hidup berpasangan. Bumi yang mana tidak ditimpa hujan. Kehidupan suami isteri ada pasang surutnya. Kalau pasang je tak surut-surut takot nanti tiada 'feel' pula. Orang zaman sekarang ni cakap tak 'thrill'. Memang setiap kejadian itu mempunyai hikmah yang tersendiri.

Ada juga pasangan mengalami kedinginan sekali sekala. Mungkin kepenatan melayan rutin harian di pejabat, stress dengan tugasan yang diberi, balik rumah anak pula meragam dan sebagainya. Ini semua menyebabkan kita kadang kala keletihan lahiriah dan batiniah. Detik kesuraman alam rumah tangga ini jangan dibiarkan ia tidak bernoktah. Sesuatu perlu dilakukan demi kerukunan rumah tangga yang berkekalan.

Vitamin Baik Untuk Suami Isteri

Pernah dengar vitamin cinta? Juga boleh dikenali dengan vitamin seksisJom lihat bagaimana Vitamin E membantu untuk hubungan suami isteri yang mantap. Kita bongkar rahsia kehebatan vitamin E Shaklee ini.


Bagaimana Vitamin E berfungsi?

Vitamin E memainkan peranan yang penting untuk kesihatan seksual kerana dapat membantumenghasilkan hormon seks serta merangsang libido. Ada juga sesetengah wanita yang menjadikan Vitamin E sebagai 'pelincir' ketika melakukan hubungan seksual.


vitamin E bagus untuk keintiman suami isteri
Vita-E Complex
120 kapsul


Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual lelaki:


  • Lebih tenaga (seksual)
  • Ereksi yang lebih lama
  • Lebih mudah terangsang
  • Libido yang lebih kuat
  • Orgasma yang lebih kerap dan bersemangat

Peranan Vita-E Untuk kesihatan seksual wanita:

  • Lebih tenaga (seksual)
  • Lebih mudah terangsang
  • Libido yang lebih kuat
  • Untuk menstabilkan hormon seks/ kewanitaan, terutama bagi ibu menyusu yang mempunyai kandungan hormon prolaktin (hormon menyusu) yang tinggi.

Testimonial pengguna Vita-E Shaklee


testimoni vitamin E

testimoni vitamin cinta

Jangan biarkan kudis yang kecil merebak menjadi kurap. Berusahalah memperbaiki keintiman suami isteri tatkala dilanda kesuraman. Semarakkan api cinta anda bersama pasangan masing-masing dengan Vitamin E Shaklee. Keluarga bahagia jiwa negara!



Hubungi saya untuk konsultasi berkaitan produk Shaklee

Rakan Shaklee Anda
AZIMAH OTHMAN
♥ SMS/WhatsApp : 0196868147 
 Emel : azirauf80@yahoo.com
♥ FB Page: CR Bella

** These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease

CARA KURUS DENGAN SHAKLEE




10 CARA MULAKAN DIET UNTUK KURUS DENGAN SHAKLEE


Assalamualaikum semua..salam sejahtera..
Kebelakangan ni, banyak sekali dapat order Set Inch Loss Shaklee. Tak kiralah yang bajet atau full set.Ramai rupanya nak kurus dan nak slim atau kembali asal seperti zaman muda atau zaman belajar dulu.Tapi masalahnya adakah dengan hanya makan supplement akan membuatkan kita kurus dan lansing seperti yang kita nak?Tak dinafikan, Shaklee Slimming set memang sangat berbaloi dan berkesan. Tapi mesti kena caranya. Mesti sentiasa ingat, untuk kurus dan sihat  , kita tak boleh bergantung 100% kepada supplement. Supplement hanya membantu mempercepatkan disamping memberi zat tambahan kepada tubuh ketika berdiet.
Ramai yang terutamanya yang dah mengambil supplement Shaklee seperti CINCH SHAKES, OMEGA GUARDALFALFA,LECITHIN,CINCH TEA dan sebagainya tak tahu yang sebenarnya mereka perlu juga mengawal diet yang seimbang bagi mencapai matlamat untuk kurus.Dan perlu jugak diingat berat ideal badan seseorang individu adalah berbeza. Jangan nanti orang berat 40kg, kita pun nak 40kg, akhirnya orang lain berat 40kg cantik, kita berat 40kg kurus kering pulak. Rasanya semua dah tahu cara kira BMI, so tak payah saya terangkan disini.
Mulakan Diet Kurus Shaklee dengan 10 Cara Ini.
1. Makan sumber protin pada setiap waktu makan termasuk waktu sarapan.
Bagi yang dah ada set slimming shaklee, CINCH SHAKES baik anda ambil semasa sarapan atau sebelum dan selepas senaman bergantung kepada gaya hidup anda. Untuk maksimakan kesan kenyang, blend dengan beberapa biji kurma atau badam. Anda juga boleh campurkan sedikit mentega kacang (pure kacang) untuk tambahan protin. Tak perlu gunakan susu walaupun susu rendah lemak. Untuk yang kurang aktif waktu bekerja, contohnya duduk saja di pejabat, lebih baik minum 30 minit sebelum bersenam atau sebaik sahaja selepas bersenam, workout di gym, joging dan sebagainya. Tapi kalau anda seorang yang aktif , tiada masalah ambil diwaktu sarapan.
2. Tinggalkan sementara produk yang berasaskan tepung seperti roti dan pasta.
Roti putih termasuklah roti serat tinggi perlu dielakkan sementara waktu( selepas program diet tiada masalah). Begitu juga dengan pasta, makaroni, spegheti dan yang seangkatan dengannya. Kalau anda ingin mengambil serat, ambillah oat masak. Jangan sekali-kali gunakan oat segera kerana oat segera telah diproses dan kadar kalorinya lebih tinggi dari oat masak.
3. Makan makanan yang segar.
Elakkan sama sekali makan makanan yang telah diproses seperti sosage, nugget, daging beger dan sebagainya. Ini kerana makanan yang diproses mengandungi lemak yang tinggi dan MSG yang tidak baik untuk kesihatan. Makanlah makanan yang segar dimasak dari bahan mentah.
4. Kurangkan pengambilan makanan berkanji kepada sekali sehari sahaja. Jangan ambil lansung pada waktu malam.
Pilihan terbaik adalah keledek, kacang atau bijirin. Kentang juga adalah lebih baik berbanding nasi putih untuk sumber karbohidrat. Bagi yang mampu makan nasi beras perang adalah lebih baik. Sukatan nasi putih sekali makan hanyalah sebesar satu genggaman tangan kita sahaja. tiada masalah kalau nak makan nasi waktu makan malam, tapi sebaik baiknya makan waktu petang.
5. elakkan makan buah buahan berlebihan.
Selalunya kita silap. Kita menganggap makan buah buahan banyak baik untuk kesihatan. Tetapi sebaliknya sekiranya kita makan berlebihan seperti contoh buah buahan yang mengandungi kandungan gula yang tinggi. maksima 2 biji sahaja sehari dari jenis rendah gula dan tinggi serat seperti apple, pear dan plum. Bagi yang tak selalu makan buah buahan, Vitamin C Plus Shaklee adalah yang terbaik dipasaran. Satu kapsul mengandungi 500mg vitamin C, iaitu anggaran sebanyak 7 biji oren.
6. Kurangkan atau ketepikan terus makanan jenis tenusu untuk sementara terutamanya susu lembu.
Ketepikan susu atau produk tenusu,kecuali keju pada jumlah yang sederhana dan yogurt yang tidak berlemak. Untuk pastikan kadar kalsium dalam tubuh mencukupi, OSTEMATRIX adalah pilihan terbaik, dengan sumber kalsium dan magnasium.
7. Hentikan serta merta minuman berkabonat.
Kandungan gula didalam minuman berkarbonat adalah sangat tinggi. Juga kurangkan gula didalam minuman seharian seperti kopi, teh dan lain-lain. Untuk menggantikan kopi dan teh, ambil CINCH TEA MIXsebagai ganti. Ia sangat baik untuk kesihatan, membakar lemak, emberi tenaga dan meningkatkan metabolisma tubuh.
8. Hentikan penggunaak minyak sayur sayuran seperti minyak bunga matahari, ataupun minyak jagung.
Minyak yang terjual dikedai kedai adalah minyak yang bertapis tinggi dah mudah teroksida bila dipanaskan. Ini boleh menyumbang kepada plak dalam arteri. Sebaliknya gunakanlah minyak zaitun.
9. Perhatikan jenis lemak yang anda makan.
Bukan jumlah lemak yang anda makan yang menjadi perkiraan tetapi apakah jenis lemak yang anda makan. Apakah ia dari jenis lemak tepu /tak tepu? Kandungan lemak tepu yang berlebihan tidak baik untuk kesihatan. Bahan makan yang mengandungi banyak lemak tepu adalah seperti danging bahagian rusuk , keju, mentega, susu penuh krim, dan makanan yang diproses(segera). Hindarkan terus magerin dan makanan goreng. Jangan buang terus lemak dari diet seharian. Wanita dewasa memerlukan tidak lebih 12gm lemak dalam diet seharian dan lelaki tidak lebih 20gm sehari. Pengambilan Minyak Omega 3, seperti OMEGA GUARD adalah yang terbaik.
10. Minum air dengan banyak sekurang-kurangnya 8 gelas sehari atau lebih. Minum air sebelum tidur dan setelah bangun pagi.
Minum air selagi urine anda tidak berwarna putih. Sekiranya urin berwarna kuning, bermakna anda belum cukup air.
Sambil anda mengamalkan 10 langkah permulaan untuk diet kurus diatas, anda juga perlu mengamalkan pengambilan supplement dengan cara yang betul.
Cadangan Pemakanan Slimming Set Shaklee
SARAPAN
Makan 5 biji Alfalfa setelah bangun dari tidur ataupun sebelum sarapan.
Ambil 2 sudu CINCH SHAKES MIX + AIR KOSONG ( anda boleh tambah kurma 3 biji/badam/mentega kacang dan di kisar bersama).anda juga boleh menggantikan dengan 3 sudu Shaklee ESP.
Anda akan kenyang shingga makan tengah hari. Selera makan tengah hari pun selalunya akan berkurangan, dan anda akan makan dengan sedikit
MAKAN TENGAH HARI
Sebelum Makan tengah hari, makan 3 kapsul OMEGA GUARD. Ini akan mengawal nafsu makan anda dan anda akan rasa cepat kenyang.
Makan nasi ( agak2 sebesar genggaman tangan )+ ikan/daging (yang x berlemak)/dada ayam. Pilihan terbaik lauk adalah yang direbus,kukus ataupun dibakar. Elakkan seboleh-bolehnya lauk yang digoreng. Makan sayur atau ulam-ulaman lebih banyak dari nasi.
Sekiranya anda ingin mengambil LECITHIN, seelok-eloknya ambil selepas makan 3 kapsul. Ini akan menyebabkan segala lemak yang anda makan tadi akan terimulsi dan akan dikeluarkan melalui buangan.
Elakkan minum minuman sejuk selepas atau ketika makan. Amalkan minum minuman suam atau panas sahaja.
MAKAN MALAM
Elakkan makan makanan berkanji pada waktu malam seboleh-bolehnya. Sekiranya anda makan bersama keluarga, makan hanya lauk dan sayur sahaja.
Ataupun anda boleh Menggantikan makan malam dengan CINCH SHAKES atau ESP sebagai pengganti. Buat seperti sarapan. Tetapi seelok eloknya anda senaman sebelum atau selepas mengambil Cinch Shakes.
Sebelum tidur , makan 5 biji ALFALFA COMPLEX untuk proses detox tubuh anda semasa anda tidur. Dan jangan lupa minum air secukupnya sebelum tidur.
Selamat mencuba.
Sekiranya berminat mencuba SET SLIMMING SHAKLEE, hubungi saya melalui SMS/ Whatsupp ke 0196868147 ( AZIMAH OTHMAN )


Protien shaklee murah



KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ESP SHAKLEE



Selalu dengar orang sebut ESP tapi tak sure sangat ESP tu apa? untuk apa? betul ke berkesan?

Okaylah...saya cuba terangkan seringkas yang mungkin ya.

ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN. Sebab utama ESP tersangatla popular dan produk yang paling laris ialah.......kerana ESP membekalkan sumber proteinSemua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa everyday makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, of course kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal.....tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang-kadang more than 12 hours ni.

Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?
  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.


Kalau cukup protein pula?
Macamana tau badan kita cukup protein? Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe" ambil ESP ini sebagai pelengkap. No harm at all.



KEBAIKAN :  ESP SHAKLEE
  • Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant : ESP pulihara dan pelihara rahim kita.

  • Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang : ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.

  • Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan : ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
  • Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.

  • Untuk sesiapa yang mahu kurus : ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.

  • Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat : ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.

  • Untuk sesiapa yang nak cantik : ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!

  • Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa : ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.

KEBURUKAN : ESP SHAKLEE

Kesan negative nya berlaku bila kita beli tapi tak minum , tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya. Rugi nya...sedangkan mudah saja caranya. Bancuh 1 sudu besar dengan air kegemaran then siap untuk di minum. Bila semuanya tak, tak nampak hasil, kita jadi negative. Nak salahkan siapa...tak baik kan gitu.


So sekarang ni kita dah tau kebaikan ESP Shaklee dan untuk siapa. Kita dalam golongan yang mana ya? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba....boleh saja.Tak memudaratkan pun.


Hubungi saya.

azimah othman
0196868147

************************harga terbaik setiap hari*********************************

Rabu, 10 Disember 2014

Roti Sarang Lebah

kawan2...

hari ni kita kongsi resepi roti sarang lebah ye...

BAHAN2: 
2 cwn Tepung Gandum* (Along tukar 1 cwn Tpg Gandum + 1 cwn Tpg Tinggi Protein)
½ st Instant Yeast* (orig guna dry yeast)
¼ st Garam*
½ st Baking Powder*
1 sb Gula*

¼ cwn Plain Yogurt (suhu bilik)
½ cwn Air Suam 
¼ cwn Minyak Sayur
Almond Flakes / Pumpkin Seeds

CARA2:
1.  Masukkan bahan2 bertanda* ke dalam bread maker atau mixer.
Masukkan yoghurt & airsuam, process sebentar.
Masukkan minyak & uli sehingga sebati & lembut.
Jika menggunakan BM, proses sehingga doh siap sedia.
Jika menggunkan mixer atau tangan, perap sehingga naik 2x ganda & uli semula.
2. Bahagikan doh kepada bebola2 kecil sebesar buah langsat (Along buat 32 ketul).
3. Susun ke dalam loyang yg telah di minyakkan.
Tabur almond flakes / pumpkin seeds. 
Tutup dgn plastik & biarkan naik 2x ganda.
4. Bakar 180C-200C, 10 minit api bawah, 5-10 minit api atas & bawah.
5. Tuangkan sos butterscotch ke atas roti yg panas.
Tunggu suam sebelum di hidangkan.

SOS BUTTERSCOTCH 
½ cwn Gula Perang 
½ cwn Susu Ideal
Secubit Garam

½ st Esen Vanilla
25g Butter
- Cairkan butter dalam periuk kecil.
- Masukkan gula & kacau sehingga larut & berbuih.

- Tuangkan susu perlahan2 sambil mengacaunya.
- Masukkan EV dan angkat dari api dan suamkan sedikit.

- Sudukan ke atas roti yg panas.

klik disini yerrr...