klik disini yerrr...

Rabu, 10 Disember 2014

Roti Sarang Lebah

kawan2...

hari ni kita kongsi resepi roti sarang lebah ye...

BAHAN2: 
2 cwn Tepung Gandum* (Along tukar 1 cwn Tpg Gandum + 1 cwn Tpg Tinggi Protein)
½ st Instant Yeast* (orig guna dry yeast)
¼ st Garam*
½ st Baking Powder*
1 sb Gula*

¼ cwn Plain Yogurt (suhu bilik)
½ cwn Air Suam 
¼ cwn Minyak Sayur
Almond Flakes / Pumpkin Seeds

CARA2:
1.  Masukkan bahan2 bertanda* ke dalam bread maker atau mixer.
Masukkan yoghurt & airsuam, process sebentar.
Masukkan minyak & uli sehingga sebati & lembut.
Jika menggunakan BM, proses sehingga doh siap sedia.
Jika menggunkan mixer atau tangan, perap sehingga naik 2x ganda & uli semula.
2. Bahagikan doh kepada bebola2 kecil sebesar buah langsat (Along buat 32 ketul).
3. Susun ke dalam loyang yg telah di minyakkan.
Tabur almond flakes / pumpkin seeds. 
Tutup dgn plastik & biarkan naik 2x ganda.
4. Bakar 180C-200C, 10 minit api bawah, 5-10 minit api atas & bawah.
5. Tuangkan sos butterscotch ke atas roti yg panas.
Tunggu suam sebelum di hidangkan.

SOS BUTTERSCOTCH 
½ cwn Gula Perang 
½ cwn Susu Ideal
Secubit Garam

½ st Esen Vanilla
25g Butter
- Cairkan butter dalam periuk kecil.
- Masukkan gula & kacau sehingga larut & berbuih.

- Tuangkan susu perlahan2 sambil mengacaunya.
- Masukkan EV dan angkat dari api dan suamkan sedikit.

- Sudukan ke atas roti yg panas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

klik disini yerrr...